17 December 2009

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca. Zaman Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dengan jasad & roh. Zaman sekarang hijrah rohiyyah. Sama-sam kita berhijrah kepada yang lebih baik. Kita juga patut kenali watak dan peranan wira-wira hijrah untuk kita teladani bersama. Pilihlah samada untuk meneladani :

1) Kesetiaan dan kemurahan hati Sayyidina Abu Bakar R.A..( menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasullullah S.A.W.

2) Keberanian dan amanahnya Sayyidian Ali R.A..( berselimut di tempat tidur R

asullullah S.A.W.

dan memulangkan kemba

li harta orang lain yang diamanahkan

kepada Rasullullah S.A.W.


3) Kecekapan Asma

binti Abu Bakar ..( men

yediakan makanan).

4) Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kam

bingnya diperah sus

u untuk memberi minum

dalam perjalanan Rasulullah S.A.W. dan S

ayyidina Abu Bakar R.A).


5) Kesal dan

akurnya Suraqah..(yang

mulanya menentang

tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Isl

am).



Ambillah semua nilai-nilai yang ada pada mereka moga-moga usaha untuk mencapai " individu muslim " tercapai sebelum tercapainya Khilafah.


P/S :

Jangan lupa baca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun.. Besar fadhilatnya sebagaimana pembaca ketahui.


DOA AKHIR TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. E
ngkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’



DOA TAHUN BARU


Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’


sekian ..wassalam..


14 December 2009

Kisah Buta, Tuli & Bisu

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru Al-Quran.


Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"


Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".


Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah S.W.T kerana saya melihat perubahan yang ajaib.


Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.


Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!! Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini iaitu Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas air mata)


Annisa: (Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!


Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.


Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah S.W.T. Dan bila Allah S.W.T. berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?


Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?


Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!


Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.


Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.


Annisa : Apakah hakikat tudung?


Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah S.W.T, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah S.W.T, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.


Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?


Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah S.W.T yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah S.W.T. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah S.W.T. murka! Belum pernah Allah S.W.T. murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah S.W.T. di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan air mata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah S.W.T., wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia".

Tak tahan air mata ini pun jatuh. Semoga Allah S.W.T. menerima adikku disisinya. Amin.

(www.iLuvislam.com by: ratu_imtihan)

Subhanallah! Moga cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

22 November 2009

Penambah Thaqafah

Alhamdulillah..semalam (21 November 2009) selesai Kolokium Ilmuan Huffaz PMRAM Siri Ke-2 anjuran DPM Shoubra. Seperti kebiasaan, program ilmiah akan diadakan di Markas sekiranya melibatkan penceramah luar. Sangat banyak ilmu yang dapat dikutip. Kolokium siri pertama (18 November 2009) mengandungi dua sesi. Sesi yang pertama telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anwar bin Ismail merupakan mantan Presiden PMRAM. Beliau telah mendiskusikan kitab yang bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Al-Marhum Dr Fathi Yakan. Dikupas dengan bahasa yang mudah untuk difahami.

Sesi yang ke-2 ialah pembentangan kertas kerja bertajuk Konsep Syahadah dan Tuntutannya telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mukri. Juga dikupas dan dibincangkan dengan jelas dan mendalam. Alhamdulillah..Dapat ilmu tambahan selain di dalam kelas. Saya tak sertakan isi kupasan kolokium Siri pertama. Disini saya cuba kongsikan tentang Kolokium Siri Ke-2 yang disampaikan semalam. Juga mengandungi 2 sesi seperti kolokium siri pertama.

Kitab Thaqafah Dai'eyah telah didiskusikan oleh Ustaz Mohd Hanif bin Haron pada sesi yang pertama. Kitab yang dikarang oleh seorang ulama' terkenal iaitu Sheikh Dr Yusof AL-Qaradawi itu telah dikupas dengan begitu menarik dan jelas. Beberapa input menarik yang dapat diambil dari kitab tersebut ialah pentingnya bagi seseorang mahasiswa untuk menguasai beberapa thaqafah tambahan seperti thaqafah islamiah, tarikhiyyah, adabiyah wa lughawiyah, insaniah, ilmiah dan waqi'eyah. Kesemua thaqafah2 ni sepatutnya dikuasai oleh para pendakwah. Dr. Yusuf Qaradawi juga menyenaraikan buku2 yang perlu dibaca oleh pendakwah sebagai penambah thaqafah untuk berdakwah. Disini saya senaraikan buku2 tersebut memandangkan sahabat2 yang baru datang keluar negara begitu bersemangat untuk membeli kitab2. Eloklah didahulukan kitab dalam bidang masing2 kemudian kitab2 ini bila membeli.

أولا - فى مجال العقيدة والأسس الفكرية

1) مبادئ الإسلام : أبو الأعلى المودودى
2) العقائد الإسلامية : حسن البنا
3) خصائص التصور الاسلامى : سيد قطب
4) قصة الإيمان بين العلم والفلسفة والقرءان : نديم الجسر
5) نظام الإسلام : العقيدة والعبادة : محمد المبارك
6) الإسلام يتحدى : وحيد الدين خان
7) الله جل جلاله : سعيد حوى
8) الرسول (ص) : سعيد حوى
9) حقائق الاسلام وأباطيل خصوم : عباس العقاد
10) عقيدة المسلم : محمد الغزالى
11) الإيمان والحياة : د. يوسف القرضاوى

ثانيا - فى مجال العبادة والشعائر

1) الأركان الأربعة : أبو الحسن الندوى
2) العبادة فى الإسلام : د. يوسف القرضاوى
ثالثا - فى مجال الأخلاق

1) ربانية لا رهبانية :
أبو الحسن الندوى
2) خلق المسلم : محمد الغزالى
3) دستور الأخلاق فى القرءان : محمد عبد الله دراز

رابعا - فى مجال التشريع والنظام الاجتماعى

1) العدالة الاجتماعية فى الإسلام : سيد قطب
2) خطوط رئيسية فى الاقتصاد الاسلامى : محمود أبو السعود
3) منهاج الإسلام فى الحكم : محمد أسد
4) نظام الاقتصاد : محمد المبارك
5) الحكم والدولة :
محمد المبارك
6) الاقتصاد الإسلامى - مدخل ومنهاج : عيسى إبراهيم
7) الفكر الإسلامى المعاصر ( الحكم والجتمع ) : د. محمد البهى
8)
الفكر الإسلامى المعاصر ( الأسرة والتكافل ) : د. محمد البهى
9) الإسلام والأوضاع الاقتصادية :
محمد الغزالى
10) الإسلام المفترى عليه :
محمد الغزالى
11) اشتراكية الإسلام : د. مصطفى السباعى
12) الثورة فى ظل الإسلام : البهى الخول
13) فقه الزكاة :
د. يوسف القرضاوى
14) مشكلة الفقر وكيف عالجها الإسلام :
د. يوسف القرضاوى
15)غير المسلمين فى المجتمع الإسلامى :
د. يوسف القرضاوى
16) التشريع الجنائى الإسلامى : عبد القادر عودة
17) الإسلام عقيده وشرعية : محمود شلتوت
18) أحكام الذميين والمستأمنين فى شريعة الإسلام : د. عبد الكريم زيدان
19) الفرد والدولة فى
شريعة الإسلام : عبد الكريم زيدان
20) المجتمع الإنسانى فى ظل الإسلام : محمد أبو زهرة
21) نظام الحكم فى الإسلام : د. محمد عبد الله العربى
22) نظرية الإسلام وهديه فى السياسة والدستور : أبو الأعلى المودودى
23) الربا والاقتصاد الإسلامى :
أبو الأعلى المودودى
24) الحجاب :
أبو الأعلى المودودى
25) مشكلاتنا فى ضوء النظام الإسلامى : حسن البنا
26) الإسلام وقضايا المرأة المعاصرة : البهى الخولى


Manisnya Tarbiyyah ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO